Monday, September 17, 2012

aku sayang sahabatKu . . !!

Sahabat...!!
Aku rindu hampa kerana Allah..
Aku sayang hampa kerana Allah..
Aku bersahabat dengan  hampa  semata-mata hanya kerana Allah..

Sahabat....!!
Aku rindukan saat kita bersatu di medan Jundi..
Aku rindukan saat kita sama-sama mengikat janji..
di hadapan Murabbi..
Aku rindukan saat kita sama-sama menyelami pahit,manis 
tika mentarbiyyahkan diri..

Sahabat....!!
Aku sedih..
Aku ingin  hampa  bersama-samaku...
Membawa matlamat serta Fikrah yang satu..
Mengharungi segala mehnah & tribulasi di Medan itu...

Sahabat..!!
Janganlah 
hampa bersedih..Janganlah  hampa  kecewa...

Aku turut merasainya..
Pedihnya luka dihati..
hanya Allah yang Mengetahui..

Sahabat..!!
Kuatkan semangatMu...
kuatkan AzamMu...
Aku tetap bersamaMu...
Didalam segala hal dan juga perkara...
Aku tetap bersamaMu...
Itu janji Aku..!!

Ya Allah..
Aku sayang sahabat-sahabatku...
Kerana mereka..
Aku menemui CintaMU...
kerana mereka...
Hatiku bergetar...apabila menyebut namaMu...

Ya Allah..
satukanlah kami di Jalan Jihadmu...
Jangan Pisahkan kami...
Aku Kuat KeranaMU,ya Allah.
Dan aku kuat kerana Adanya sahabat-sahabatku itu..!

Ya Allah...
dengan CintaMU...
Engkau kurniakan aku sahabat seperti Mereka..
Yg sentiasa memahamiku..
yg sentiasa menasihatiku...
yg sentiasa mengingatkanku kepada MU..
Ya Rabbul'Izzati..!

Sahabat...!!
aku sayang sgt2 dengan  hampa  semua...
Tolong!!!
Jangan bina 'gate' antara kita...
aku bencikan Assobiyyah...!!
Dan  hampa  juga mengetahuiya~

Tolong sahabat....!
Aku sayangkan  hampa  sgt2..
aku rindukan  hampa  sgt2...
Janji dengan aku...
Dimana jua kita ditempatkan...
hati kita tetap bersatu...
Bersatu membawa matlamat serta fikrah yg satu...
Ke arah Islam Yg lebih cemerlang & Gemilang!!!

Ya Allah,
Tatkala bahang mahsyarMu Menjilat Tubuh,
Izinkan kami sama-sama berteduh,
Tatkala MizanMu Teliti Mengira,
Beratkan neraca atas setiap jasa,
Naungi kami disana..

Berkat kasihMU Semata,
andai aku layak ke SyurgaMU,
aku Pinta,
Sahabat-sahabatKu ini Bersamaku.
Ameeenn Ya Robbal'alameen!!!
TAKBIR!!! ALLAHU AKHBAR!!!

0 comments: