Wednesday, November 28, 2012

ajarkan aku untuk senyum bahagia...



ajarkan aku untuk senyum bahagia...
meskipun dengan airmata kerana di sana ada kemanisan imannya.

salam kasih
hari ini aku menangis lagi,
lama sudah aku tak menangis...
mengalirlah airmata mengalirlah,..
andai itu caranya menawar luka..

salam sayang...
di saat diri merasa tidak diperlukan,
maka airmata turun umpama pecah empangan
sedih pilu menyucuk dan menikam,
sedih ini tidak pernah berkesudahan,

wahai Allah,
Engkaulah Tuhan hamba,
lapangkan hati hamba yang hina,
sirami hati hamba dengan nur cahaya Allah,
agar hati hamba redha dan tenang semula.

..............................
nota kasih:
hari ini kenapa aku bersedih..kenapa aku menangis lagi, apa yang aku sedihkan, apa yang aku tangiskan,
tak tahulah aku...benda kecik sahaja, tetapi aku tak boleh nak memaafkan, terasa diri ini tidak diperlukan, terasa diri ini tidak disayang. Ingin kaki aku ini melangkah jauh, jauh ...jauh dari kesedihan ini. kenapa ya..kesedihan itu datang lagi...?

 Inikah cara Allah memanggil aku untuk dekat kepadaNya, Dulu aku tak pernah cemburu...jiwa aku tenang dan selesa di ketika itu..Aku tak tahu istilah cemburu itu bagai apa, rasanya bagaimana.  Rupanya cemburu itu sakit sangat, sakit...luka berdarah, perit, sementara luka itu sukar untuk sembuh....

Mungkin kesedihan ini juga adalah satu cara Allah hilangkan dosa-dosa kita, kerana dengan sedih itu kita merasa diri ini amat tidak berdaya,justeru kita akan kembali kehadrat Allah Taala yang berkuasa lalu  meminta-minta dan menangis berjurai-jurai airmata...

Wahai Allah dengarlah bisikan hamba, ampunilah hamba yang kadangkala hamba meminta sesuatu kepadaMu yang tidak sepatutnya, yang ketika itu hamba ini jahil dan tidak tahu akibatnya...yang kemungkinan hamba ini terburu-buru, dan tidak tahu mengikut nafsu..Kadangkala, sesuatu bagi hamba baik tetapi di sisi Allah tidak baik, munkin jua sesuatu itu kecil di sisi hamba tetapi di sini Allah ia dosa besar...!!

Sungguh Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun, lagi Maha Bijaksana...ampunilah hamba..Sungguh Engkau telah memberi aku nikmat yang banyak, jadikanlah aku seorang hamba yang bersyukur..dan sabar...amin ya Rabb..
......................................
.......................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

awak.
dulu awak penah block FB aku.....dan sebb itu aku msej awak tak balas...ya tak apalah semua itu adalah bunga2 kasih sayang...dan pelangi yang indah di perjalanan kita..dan 
cantik sangat aku memandangnya...kamu juga begitu bukan...????
semoga kamu tenang aja...dan selamat seharian...kita kena saling doa mendoa agar hati itu redha...dan wajah kita selalu senyum bahagia...semoga kamu dpt membina sebuah keluarga yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah...amin.

Saturday, November 17, 2012

jangan sia-siakan orang yang selalu sayangkan kita dan selalu bersabar dengan kita!

Memang kadang-kala kita selalu bersifat marah dan selalu sahaja ada tak kena bila b'ckp bersma pasangan atau orang sekeliling kita, bkan tak nampak apa yang baik tapi lebih banyak yang tak kena dari kena, maka mula lah kita pot..pet..pot pet..kadang-kala hingga mengguris perasaan dan kita payah nak minta maaf.

Mengapa kita sukar untuk menghargai atau memberikan layanan yang baik pada pasangan atau orang sekitar, susahkan kerana itu sifat kita sehingga kita lupa, bila-bila masa sahaja orang yang kita cintai akan pergi dari kita.

Kita akan mudah menghargai bila kita ditinggalkan, akan mudah mengerti erti sayang bila telah tiada didepan mata, memang pasangan kita tidak sempurna dengan perangai dan tingkah laku ada yang tidak sedap dimata kita, tapi kita jua tidak sesempurna mana, sepatutnya kita beruntung ditemukan dengan insan yang menerima apa yang terkurang dan terlebih, memang dia bukan yang baik tapi dia memang terbaik untuk kita.

Hargailah setiap pemberian, setiap kata selagi ia boleh berada disisimu, Pertelingkah itu lumrah, tanpa itu tak akan hadir kenikmatan dalam sesebuah perhubungan, tidak akan kasih bertambah erat.

Maka hargailah tidak kira sesiapa jua yang berkait dengan kita, lapangkanlah dada usah terlalu memikirkan apa yang tiada kerana yang ada dalam diri mereka itu harus diingati. Hargailah sebelum terlambat hargailah sebelum penyesalan yang tidak mampu untuk ditanggung, hargailah sebelum kehilangan...


#takenote .. !!